Mantera Hitam

Mantera Hitam PDF

Author: Serunai Faqir

Publisher: Alaf 21

Published: 2009

Total Pages: 410

ISBN-13: 9831244060

DOWNLOAD EBOOK →

SPIRIT OF THE COIN... sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan diketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri. Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin. Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Kesumat

Kesumat PDF

Author: Fitri Hussin

Publisher: Buku Prima

Published:

Total Pages:

ISBN-13: 9674463089

DOWNLOAD EBOOK →

Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar! Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara. Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu? Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan?

Penjara Mati

Penjara Mati PDF

Author: Riduan Judin

Publisher: Alaf 21

Published: 101-01-01

Total Pages: 575

ISBN-13: 9678605872

DOWNLOAD EBOOK →

PEMBUNUHAN Datuk Haris menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekali gus membuatkan lelaki itu diburu polis. Dia nekad membawa diri pulang semula ke tanah kelahirannya, Sabah. Mahairah – Gadis kelahiran Tambunan yang terbuka hijab mata. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong dan dihantui semangat yang maha ghaib. Misteri itu lebih tragis apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.

Kuserahkan Kasih

Kuserahkan Kasih PDF

Author: Fida Rohani

Publisher: Alaf 21

Published: 2009

Total Pages: 431

ISBN-13: 9831244753

DOWNLOAD EBOOK →

BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya... Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Ilusi Hati

Ilusi Hati PDF

Author: Haiza Najwa

Publisher: Alaf 21

Published: 2010

Total Pages: 501

ISBN-13: 9831245229

DOWNLOAD EBOOK →

TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Lombong

Lombong PDF

Author: A. Darwisy, Saidee Nor Azam, Zyra Safiya, Hasrudi Jawawi

Publisher: Buku Prima

Published: 2016

Total Pages: 588

ISBN-13: 9674462368

DOWNLOAD EBOOK →

“Asal kau daripada lidah api yang berasap... Merasuk seperti polong tak berjinjang...” / TANAH RIZAB JIN – A. DARWISY Sekitar tahun 1920, sekumpulan pekerja lombong bijih timah diarahkan untuk mengorek terowong bawah tanah di kawasan Sungai Lembing. Suatu hari, mereka terjumpa sebuah peti kayu yang menyimpan sejarah silam di dalamnya. Rentetan penemuan itu, sebuah keluarga Inggeris yang mengurus lombong itu ditimpa malapetaka. Apakah sebenarnya yang berlaku 30 tahun dahulu sehingga tanah itu digelar tanah rizab jin? Isabelle, anak pengurus lombong itu, apa kaitannya? Sulur Bidar itu wujud, makhluk itu tetap ada. / PUSARAN PUAKA – SAIDEE NOR AZAM Pusaran air yang sebesar telapak tangan itu telah membesar dengan luar biasa. Tiada satu makhluk pun bakal terlepas daripada serangan pusaran air itu. Makhluk apakah yang menghuni dasar Tasik Biru itu? Benarkah makhluk yang bernama Sulur Bidar itu wujud? Di kala pusaran misteri terus berpusar mencari mangsa.

JANGAN BIAR DIA MASUK

JANGAN BIAR DIA MASUK PDF

Author: A. Darwisy

Publisher: Alaf 21

Published: 2015

Total Pages: 1097

ISBN-13: 9674461868

DOWNLOAD EBOOK →

Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya... Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya? “Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari...” – Maya “Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!” – Ambarsari “Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran.” – Darma

Petaka Nyawa

Petaka Nyawa PDF

Author: Riduan Judin

Publisher: Alaf 21

Published: 2014

Total Pages: 565

ISBN-13: 9831249720

DOWNLOAD EBOOK →

Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.